Days in office 929 Elected on May 10, 2018
Took office on May 10, 2018
Not started 12 of 86 14%
In progress 34 of 86 40%
Achieved 40 of 86 47%
Broken 0 of 86 0%
Pilihanraya Umum ke 14 pada 9 Mei 2018 merupakan satu detik bersejarah bagi seluruh rakyat negeri Melaka. Buat pertama kalinya dalam sejarah, kerajaan negeri Melaka telah bertukar tangan setelah rakyat memilih Pakatan Harapan melalui peti-peti undi. Aplikasi Polimeter ini adalah inisiatif non-partisan yang digunakan untuk mengenalpasti pencapaian 86 janji (di dalam 20 kategori) manifesto kerajaan Pakatan Harapan Negeri Melaka di dalam tempoh 5 tahun (Ringkasnya, 20 kategori janji, dalam 5 tahun - 205. Manifesto Pakatan Harapan Melaka boleh di muat turun melalui pautan ini: Manifesto PH Melaka).

Kesemua janji-janji yang di senaraikan di sini di sahkan pencapaiannya dengan memberikan bukti-bukti sahih dan bertulis. Contohnya adalah seperti bukti-bukti dari kenyataan-kenyataan rasmi kerajaan negeri, berita-berita rasmi, ucapan-ucapan rasmi yang telah di buat sepanjang tempoh pemerintahan. Bahan-bahan ini di perolehi samada dari laporan-laporan akhbar, portal-portal berita, rakaman video dan audio yang di poskan bersama janji-janji manifesto PH Melaka ke dalam laman Polimeter ini, supaya bukti-bukti tersenarai boleh di sahkan oleh rakyat.

Setakat 10 Mei 2019 (setelah setahun memerintah), pencapaian manifesto Kerajaan Negeri Melaka yang sedang dilaksanakan ataupun yang telah berjaya dicapai sepenuhnya ialah sebanyak 87.3%, boleh di katakan sebagai pencapaian yang tertinggi di dalam negara. Laman ini akan di kemaskini setiap kali pencapaian atau perlaksanaan sesuatu manifesto itu di lakukan.

Rakyat negeri Melaka boleh memberikan komen atau kritikan kepada Polimeter ini (seperti di bawah), jika mereka merasakan bukti-bukti yang di kemukakan di dalam laman web aplikasi ini adalah tidak benar atau tepat, supaya penambahbaikan dan integriti Polimeter ini dapat di pelihara. Terima Kasih.

1
7
15
0
4
4
10
0
3
6
4
0
0
6
5
0
1
6
2
0
3
4
1
0
0
1
3
0
Achieved 1a. Membasmi rasuah dengan menubuhkan badan pemantau integriti (MELCAT) yang berfungsi mengawal perjalanan pentadbiran kerajaan negeri Start the discussion!
Achieved 1b. Memastikan PAC memainkan peranan sebagai badan ‘check and balance’ yang bebas dan telus Start the discussion!
Achieved 1c. Semua projek dan proses perolehan dibuat secara tender terbuka Start the discussion!
Achieved 1d. Menghadkan tempoh perkhidmatan Ketua Menteri selama 2 penggal sahaja Start the discussion!
Achieved 1e. Menstruktur semula syarikat-syarikat GLC yang lemah supaya menjadi syarikat yang berdaya maju Start the discussion!
In progress 1f. Berusaha membebaskan kerajaan dari belenggu hutang Start the discussion!
Achieved 1g. Memanjangkan persidangan DUN kepada 7 hari bagi setiap persidangan Start the discussion!
In progress 1h. Mengangkat dan mengiktiraf peranan Ketua Pembangkang Start the discussion!
Achieved 1i. Mengiktiraf peranan dan autoriti ADUN pembangkang Start the discussion!
Achieved 1j. Menubuhkan Institut Melaka sebagai badan pemikir dan memajukan negeri dan rakyat Start the discussion!
Achieved 1k. Membebaskan institusi-institusi kerajaan dari pengaruh politik dalam membuat sebarang keputusan terutama yang berkaitan hal-hal teknikal dan perundingan Start the discussion!
Not started 1l. Mengkaji semula sistem perjawatan kakitangan kerajaan negeri yang berstatus kontrak Start the discussion!
In progress 1m. Memastikan pembangunan seimbang di seluruh negeri dengan tidak menumpukan kepada sesuatu kawasan tertentu sahaja Start the discussion!
In progress 1n. Menubuhkan ‘Melaka Hindu Endownment Board’ bagi menguruskan hal-hal berkaitan agama masyarakat India Start the discussion!
In progress 2a. Meningkatkan pendapatan negeri dengan mengurangkan ketirisan pendapatan kerajaan Start the discussion!
In progress 2b. Meneroka produk-produk baru pelancongan seperti pusat pelancongan agro-tourism Sungai Rambai dan Asahan; Melaka City Festival untuk mempromosi kesenian & budaya Start the discussion!
Achieved 2c. Potongan harga tiket untuk anak-anak Melaka yang mengunjungi tempat-tempat pelancongan. Start the discussion!
In progress 2d. Menggalakkan pelaburan-pelaburan dengan insentif-insentif khas bagi meningkatkan pendapatan kerajaan negeri Start the discussion!
Achieved 3a. Mengkaji dasar-dasar dan peraturan yang menyusahkan rakyat serta menambahbaikkan sistem perkhidmatan PBT Start the discussion!
Achieved 3b. Mengkaji semula kadar cukai pintu, taksiran dan lesen perniagaan bagi meringankan beban rakyat Start the discussion!
Achieved 3c. Menghilangkan birokrasi politik dalam kelulusan projek dan pemilihan perjawatan Start the discussion!
Achieved 3d. Menghadkan parkir berkupon dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang selama 6 hari seminggu kecuali kawasan-kawasan pelancongan Start the discussion!
Achieved 3e. Memberikan diskaun kepada saman tertunggak untuk kesalahan-kesalahan di bawah PBT Start the discussion!
Achieved 4a. Memperketatkan syarat untuk pemilikan hartanah oleh warga asing Start the discussion!
Achieved 4b. Memperketat dan menambahbaik dasar pembangunan hartanah yang akan dibangunkan oleh syarikat asing Start the discussion!
Achieved 4c. Mengekalkan tanah MCL dan menggantikan semula tanah MCL yang hilang Start the discussion!
In progress 4d. Mengkaji semula kadar cukai tanah Start the discussion!
Not started 4e. Mengkaji semula dasar status strata kepada penghuni rumah pangsa, kondominium dan sebagainya Start the discussion!
Achieved 4f. Mengekalkan status tanah kampung baru yang tamat tempoh Start the discussion!
Achieved 5a. Membina rumah mampu milik dengan harga dari RM42,000 hingga RM250,000 dalam tempoh 5 tahun Start the discussion!
Not started 5b. Memperketatkan syarat penjualan rumah kos rendah dan rumah mampu milik kepada hanya golongan yang benar-benar layak Start the discussion!
Not started 5c. Memperkemaskan kuota pemilikan hartanah mengikut taburan penduduk Start the discussion!
In progress 5d. Menawarkan konsep rumah sewa beli kepada rakyat yang layak Start the discussion!
Achieved 6a. Menaikkan insentif pembangunan kepada sekolah-sekolah agama rakyat sekolah persendirian Cina dan Tamil serta memastikan kemudahan asas dan prasarana berada dalam keadaan baik dan berteknologi tinggi Start the discussion!
Achieved 6b. Menaja pelajar-pelajar berpotensi tinggi dalam bidang kritikal sehingga berjaya dan kembali berkhidmat kepada negeri Melaka Start the discussion!
In progress 6c. Menaja pelajar-pelajar yang layak bagi melanjutkan pengajian ke IPT tanpa mengira kursus yang diambil Start the discussion!
Achieved 6d. Menambahkan peruntukan biasiswa dan bantuan kepada pelajar-pelajar yang layak di semua peringkat Start the discussion!
Not started 6e. Memastikan IPT milik kerajaan negeri mencapai tahap pencapaian setanding dengan IPTA dan IPTS antarabangsa Start the discussion!
Achieved 6f. Mengiktiraf sijil UEC untuk menjawat jawatan di sektor awam kerajaan negeri Start the discussion!
Achieved 6g. Bantuan persekolahan tahunan sebelum sekolah dibuka kepada keluarga yang layak Start the discussion!
In progress 6h. Membina SJK Tamil (SJKT) Jasin Lalang dan tempat-tempat di mana murid-murid India mencukupi jika Putrajaya dan Seri Negeri diperintah Pakatan Harapan Start the discussion!
Achieved 7a. Menyediakan program pembangunan belia seperti kursus kemahiran keusahawanan dan menyediakan Dana Khas Keusahawanan Start the discussion!
In progress 7b. Mewujudkan Pusat Perniagaan Mampu Milik untuk golongan belia Start the discussion!
Achieved 7c. Mewujudkan 500 buah rumah berkat untuk pasangan baru berkahwin dengan had penyewaan selama 2 tahun bagi yang layak Start the discussion!
Not started 7d. Mewujudkan skim pinjaman mikrokredit sebanyak RM1,000 – RM50,000 bagi belia yang layak Start the discussion!
Achieved 7e. Meningkatkan penglibatan belia tempatan dalam sektor pelancongan, pembuatan, minyak dan gas Start the discussion!
Not started 7f. Memberikan insentif lesen motosikal untuk belia yang layak Start the discussion!
Not started 7g. Menganjurkan program kahwin kelompok atau insentif perkahwinan (perkahwinan pertama) bagi mengurangkan beban perbelanjaan perkahwinan Start the discussion!
In progress 8a. Menggalakkan waktu kerja anjal bagi wanita di sektor swasta Start the discussion!
In progress 8b. Menggalakkan penubuhan nurseri kanak-kanak di tempat-tempat strategik, dengan insentif diberikan kepada syarikat yang menubuhkannya Start the discussion!
In progress 8c. Mengiktiraf dan menghargai sumbangan wanita dengan memberikan insentif dan program sokongan khusus untuk wanita seperti skim pinjaman mikrokredit sebanyak RM1,000 – RM50,000 Start the discussion!
In progress 8d. Memberikan elaun kebajikan untuk ibu tunggal yang layak Start the discussion!
Achieved 9a. Menubuhkan lebih banyak pusat dialisis. Mewujudkan skim Kad Melaka Sihat untuk warga yang layak Start the discussion!
In progress 9b. Memberikan bantuan/insentif kepada pesakit-pesakit kronik Start the discussion!
Achieved 10a. Memberikan opsyen kepada asnaf samada menerima bantuan dalam bentuk tunai atau barangan Start the discussion!
Achieved 10b. Memastikan pengagihan wang zakat mampu membasmi kemiskinan tegar melalui program-program keusahawanan yang diusahakan oleh asnaf Start the discussion!
In progress 11a. Membela peniaga-peniaga teraniaya yang kehilangan tempat perniagaan akibat pembangunan projek-projek baru Start the discussion!
In progress 11b. Menstruktur mekanisme bantuan kebajikan bagi memastikan ianya benar-benar diterima oleh golongan yang layak Start the discussion!
Achieved 11c. Memastikan bantuan kebajikan diberikan tanpa diskriminasi politik Start the discussion!
Achieved 11d. Mewujudkan skim bantuan kematian kepada waris si mati Start the discussion!
In progress 11e. Mewujudkan skim khas seperti perniagaan sebagai sumber pendapatan kedua kepada pemandu teksi, petani, penoreh getah, buruh, nelayan, pesara polis dan tentera Start the discussion!
In progress 11f. Menyediakan tempat khas untuk masyarakat India mengadakan upacara sembahyang, kematian dan membuang/melepaskan abu ke laut Start the discussion!
Achieved 12a. Menyediakan pelan pembangunan sukan, menubuhkan Akademi Bolesepak dan membebaskan persatuan dari pengaruh politik Start the discussion!
In progress 12b. Menyediakan insentif dan bantuan kebajikan untuk atlet-atlet yang berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa Start the discussion!
In progress 12c. Penstrukturan semula kemudahan-kemudahan sukan bagi memaksimakan penggunaannya bagi kemudahan rakyat Start the discussion!
In progress 13a. Mengekal, membaik-pulih dan mewujudkan produk-produk baru pelancongan seperti Melaka City Festival dengan mempromosikan budaya kesenian warisan komuniti Start the discussion!
In progress 13b. Mengembalikan semula insentif-insentif kepada pemilik rumah warisan Start the discussion!
Not started 13c. Mewujudkan ‘Flea Market’ sepanjang Sungai Melaka untuk usahawan-usahawan desa memasarkan barangan kraftangan dan sebagainya Start the discussion!
In progress 13d. Mengembangkan program-program sukan air sebagai produk pelancongan Start the discussion!
In progress 14a. Mewujudkan pusat pelupusan sampah mengikut daerah dengan memperkenalkan sistem pelupusan sisa pepejal terkini Start the discussion!
Achieved 14b. Mengekalkan keindahan pantai-pantai, hutan simpan dan sebagainya Start the discussion!
In progress 15a. Menaik taraf sistem teksi dan membantu mereka agar lebih kompetitif sesuai dengan teknologi semasa Start the discussion!
Achieved 15b. Bas percuma untuk laluan hotspot seperti dari Melaka Sentral ke hospital dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Start the discussion!
In progress 15c. Menambahbaik dan memantapkan kecekapan sistem pengangkutan awam agar menepati kehendak pengguna Start the discussion!
Achieved 16a. Mewujudkan lebih banyak prasarana mesra OKU Start the discussion!
In progress 16b. Membuka peluang pekerjaan/perniagaan yang lebih luas untuk OKU dan memantau perkembangan mereka Start the discussion!
Not started 17a. Menggalakkan dan mengusahakan tanah terbiar terutama tanah adat dengan projek pertanian dan penternakan Start the discussion!
In progress 17b. Membangunakan semula industri perikanan dengan menyelesaikan isu keselamatan, ekonomi dan kebajikan nelayan Start the discussion!
In progress 17c. Mewujudkan program ‘Food Security’ Negeri Melaka Start the discussion!
Not started 17d. Mewujudkan sistem penternakan ruminan bagi membantu memajukan industri ini Start the discussion!
In progress 18a. Mengekalkan warisan seperti tanah dan budaya untuk komuniti Orang Asal, Orang Portugis, Cina Peranakan, Chetti, Gujarati dan Sikh Start the discussion!
Not started 18b. Menggembalikan hak kebebasan Orang Asal untuk mendapatkan makanan dan sumber pendapatan dari hasil hutan Start the discussion!
In progress 19a. Membaikpulih dan menaik taraf tempat-tempat rekreasi Start the discussion!
Achieved 19b. Menyediakan jurulatih-jurulatih bertauliah di kawasan rekreasi tertentu bagi membimbing rakyat beriadah secara efektif dan selamat Start the discussion!
Achieved 20a. Membaikpulih dan menaik taraf kemudahan Wifi percuma di seluruh negeri Start the discussion!
Achieved 20b. Menambahkan kadar celik IT dengan menganjurkan kursus-kursus percuma IT untuk rakyat Start the discussion!